1001 Kisah
Teladan
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN
SYAHADAH
Suatu ketika tatkala
Rasulullah
s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang
tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui
Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang
bersama
Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian
kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz
memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu.
Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam
pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku
tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan
mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di
tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya
sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam
saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui
Rasulullah
s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang
bersama angkatan perang di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w. . Pedangnya
yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan
sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama
Nabi Muhammad s.a.w..
Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing
sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam
perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa.
Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan
dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan
melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih
belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup
dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada
Allah s.w.t.
dan Rasul-
Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang.
Allah
s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat
Illahi
sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui
Rasulullah s.a.w. ,
maka
Baginda s.a.w. pun bersabda,:
"Amar itu nanti akan
berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui
akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu
Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith
Rasulullah s.a.w. berkata
kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga
sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap
Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia
pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar
bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga
demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para
sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan
yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui
Rasulullah
s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang
berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai
orang yang syahid. Mati membela agama
Allah s.w.t. di medan perang. Maka
syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid.
Rasulullah s.a.w. menjamin
syurga bagi orang seperti Amar ini.
NAMA-NAMA SYURGA DAN
NERAKA
Tingkatan dan nama-nama
syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN
KERANA MENGHORMATI TETAMU
Seorang telah datang menemui
Rasulullah
s.a.w. dan telah menceritakan kepada
Baginda s.a.w. tentang
kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu
Baginda s.a.w. tidak
mempunyai suatu apa makanan pun pada diri
Baginda s.a.w. mahupun di
rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.
Baginda s.a.w. kemudian
bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup
melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak
aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai
Rasulullah
s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula
kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu
Rasulullah
s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala
kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah
kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu
isterinya menjawab, "Demi
Allah! Sebenarnya daku tidak ada
menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi
untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka
dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk
berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan
apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak
membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak
makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya
dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan
lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.
Berikutan dengan peristiwa itu,
Allah s.w.t. telah berfirman yang
bermaksud,
"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas
diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy
: 9)
GUNUNG MENANGIS TAKUT
TERGOLONG BATU API NERAKA
Pada suatu hari Uqa'il bin
Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan
Nabi Muhammad s.a.w.. Pada
waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya
tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.
Peristiwa pertama adalah, bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi
hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.
Maka
Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah
engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya
Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi
aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya
Baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta
sudah mengelilingi di sekitar
Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka
Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah,
bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak
ditemui. Maka
Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib,
"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta
katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang
telah disabdakan
Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata,
gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada
Rasulullah,
bahawa aku sejak
Allah s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud :
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari
(seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)."
"Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada
lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan
Nabi
Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke
hadapan
Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya
Rasulullah,
aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan
halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa
pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus,
Nabi
Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu
?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai
Rasulullah, aku telah membelinya
dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka
akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada
orang-orang yang memerlukan)."
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya,
"Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai
Rasulullah,
sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku
menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia
termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau
sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu,
maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau
Allah
s.w.t. menurunkan seksa-
Nya kepada mereka sedang aku berada di
antara mereka."
Akhirnya
Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung
itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan
Baginda Nabi
Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada
keluarganya.
NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK
MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar
Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung
simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu
menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.
Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut
dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan
terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar.
Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti
dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia
berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya
yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini
berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat
sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah
s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu
dia berniat untuk bertaubat, dan
Tuhan memberikan hidayah, sehingga
niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang
mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi
khamar.
Allah Taala berfirman:,
"Seteguk khamar diminum maka
tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa
yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama
empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya
dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya
Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu
?" Jawab
Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang
ahli neraka ! "
RASULULLAH S.A.W. DAN
PENGEMIS YAHUDI BUTA
Di sudut pasar Madinah
Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang
mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati
Muhammad,
dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian
mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi
Rasulullah s.a.w.
mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun
Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu
walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama
Muhammad.
Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang
Nabi Muhammad
s.a.w. wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah s.a.w. tidak ada
lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta
itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau
bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku
kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah
engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum
ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya
Abubakar r.a. Setiap pagi
Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar
dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di
sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan
memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si
pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a
menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang
yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang
kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu
dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku
dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku
adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia
adalah
Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita
Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama
ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku
sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu
mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar
r.a.
RASULULLAH S.A.W.
MENDATANGI KAFILAH DAGANG
Dari kejauhan gumpalan debu
padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat
terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏ akan datang
mendekati kota Mekkah.
Rasulullah s.a.w. melihat gumpalan debu dari
kejauhan itu segera pulang ke rumah.
Nabi Muhammad s.a.w. langsung
menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu
Rasulullah s.a.w.
menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota
Mekkah mereka hendak menuju tempat lain.
Rasulullah s.a.w. mendekati
kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa
dengan pemimpin kafilah itu
Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk
dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau,
Rasulullah
s.a.w. telah diizinkan.
Rasulullah s.a.w. mulailah
berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu
Rasulullah
s.a.w. telah sampaikan kebesaran
Allah s.w.t. dan mengajak
mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari
Rasulullah
s.a.w. ,
Rasulullah s.a.w. pun meminta izin kepada pimpinan
rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah.
Rasulullah s.a.w. kembali ke
kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota
Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan.
Rasulullah s.a.w. hanya
inginkan setiap orang memiliki kalimah
Laalilaahaillallaah dan
selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.
BIDADARI UNTUK UMAR R.A.
Umar r.a. adalah salah satu
dari sahabat
Rasulullah s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin
seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani
solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang
wara, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah
Al-Baqoroh
selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada
Rasulullah s.a.w. ,
"Wahai
Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah
Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke
surah berikutnya".
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak
Allah
s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang
diturunkan
Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya,
seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat
Al-Quran lainnya.
Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya
mengenai perjalannya mi'raj menghadap
Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. sering
pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan
Allah s.w.t.
kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika
Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan
menghadap
Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada
Rasulullah
s.a.w. taman-taman surga.
Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan
bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda
dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.
Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari
siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, "Bidadari itu adalah
diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan
tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang
bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya
itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah,
dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu.
Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak
Allah s.w.t. maka saat
itu juga
Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan
apa yang dikehendaki hatinya".
Nabi Sulaiman a.s. dan
Seekor Semut
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan
tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman
a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya
memohon kepada
Allah s.w.t. agar menurunkan hujan untuk membasahi
kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman a.s. kemudian
memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan
manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada
Allah s.w.t. agar
musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil
berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda
Sulaiman a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada
Allah
s.w.t. penunai segala hajat seluruh makhluk-
Nya. "Ya
Allah pemilik
segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-
Mu, Aku berhajat akan
air-
Mu, tanpa air-
Mu ya
Allah aku akan kehausan dan kami
semua kekeringan. Ya
Allah aku berhajat sepenuhnya pada-
Mu akan
air-
Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada
Allah
s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda Sulaiman a.s.kemudian segera
memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada
mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi
Allah s.w.t. akan
menurunkan hujan-
Nya kepada kalian.
Allah s.w.t. telah
mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan
rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Suatu hari Baginda Sulaiman
a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil
mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus mengamatinya,
kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk
apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang
Allah
s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda
Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,
"Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah
membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu
selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat
keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah
berlalu. Baginda Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat
kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda
Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak
menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya
menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini
Allah s.w.t. yang
memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau
memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku
kurma lagi kerana engkau bukan
Allah Pemberi Rizki (
Ar-Rozak),
jawab si semut.
PERMOHONAN SIKAYA DAN
SIMISKIN
Nabi Musa a.s. memiliki ummat
yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang
kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang
menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan
sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s.,
"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada
Allah s.w.t.
permohonanku ini agar
Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya."
Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku,
banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada
Allah s.w.t.". Si miskin itu
agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak
bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu
lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa
yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi
Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata
kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada
Allah
s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin,
terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun
tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur
kepada
Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak
bersyukur kepada
Allah s.w.t.?.
Allah s.w.t. telah memberiku mata
yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar.
Allah
s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah
memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak
mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke
rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin
Allah s.w.t.
tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah
miskin.
Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-
Nya sehingga si
miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini
semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada
Allah s.w.t.
KAMBING DAN ALAT TENUN
Imam Ahmad telah memberitakan
dari Humaid bin Hilal, dia berkata: "Ada seorang lelaki yang sering
berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada
orang-orang kampung. Dia bercerita: "Suatu ketika aku datang ke Madinah
dalam rombongan dagang, lalu aku menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku
berkata kepada diriku: "Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang
membawa ajaran baru itu, barangkali aku dapat mendengar berita-berita yang aneh
untuk aku bawa kembali bersamaku?! Aku pun pergi kepada
Rasulullah s.a.w. untuk
bertanya sesuatu, lalu
Rasulullah s.a.w. menunjuki arah sebuah rumah,
katanya: "Ada seorang wanita yang tinggal di rumah itu . Pernah dia
mengikut tentera Islam berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya dan
sebuah alat tenunan yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia
kembali dari berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya
pun hilang. Dia merasa sedih atas kehilangannya itu. Maka dia pun mengangkat
kedua belah tangan berdoa kepada Tuhannya dengan penuh kesungguhan,
katanya:
"Ya
Tuhanku!
Engkau telah berikan jaminan bahwa siapa yang
keluar berjihad pada jalanmu,
Engkau akan pelihara harta bendanya, dan
sekarang aku telah kehilangan seekor kambing, dan alat tenunanku. jadi aku
minta ganti kambing yang hilang dan alat tenunanku itu!"
Rasulullah s.a.w. terus menceritakan betapa sungguh-sungguhnya dia
berdoa dan memohon kepada Tuhannya, sehingga pada esok harinya dia mendapati di
pintu rumahnya kambingnya yang hilang itu dengan seekor kambing lagi
bersamanya. Begitu juga dia melihat alat tenunannya ada di situ dengan satu
alat tenun yang lain. Itulah ceritanya, kata
Rasulullah s.a.w. dan jika
engkau mau, pergilah kepadanya di rumah itu, dan tanyalah dia cerita itu!
"Tidak", jawabku, "Akan tetapi aku percaya semua yang engkau
katakan itu!"
(Majma'uz-Zawaid 5:277)
KEBERANIAN SAAD BIN ABU
WAQQASH R.A.
Ibnu Asakir telah
mengeluarkan dari Az-Zuhri dia telah berkata: Pada suatu hari
Rasulullah
s.a.w. telah mengutus Sa'ad bin Abu Waqqash ra. untuk mengetuai suatu
pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Mereka
telah diserang dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Sa'ad bin Abu Waqqash
ra. mengeluarkan panah-panahnya serta memanah mereka dengan panah-panah itu.
Dengan itu, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. menjadi orang pertama yang memanah
di dalam Islam, dan peristiwa itu pula menjadi perang yang pertama terjadi di
dalam Islam. (Al-Muntakhab 5:72)
Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: "Pada hari
pertempuran di Uhud Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah membunuh tiga orang
Musyrikin dengan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi
panah itu, kemudian dipanahnya orang yang kedua dan seterusnya orang yang
ketiga dengan panah yang sama. Ramai para sahabat merasa heran tentang
keberanian Sa'ad itu. Maka Sa'ad berkata: "
Rasulullah s.a.w. yang
telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani
sekali". (Al-Muntakhab 5:72)
Bazzar telah mengeluarkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. dia berkata: "Pada
hari pertempuran di Badar, Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah menyerang musuh
dengan berkuda dan dengan berjalan kaki". (Majma'uz Zawa'id 6:82)
BERTANI DISYURGA
Pada suatu hari
Rasulullah
s.a.w. berbicara dengan seorang lelaki dari desa.
Rasulullah s.a.w.
menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada
Allah
s.w.t. untuk bercocok tanam, kemudian
Allah s.w.t. bertanya
kepadanya bukankah
Allah s.w.t. telah berikan semua perkara yang dia
perlukan? Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercocok tanam. Lalu dia menabur
biji benih. Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia
menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung.
Allah s.w.t. berfirman
kepadanya,
"Wahai anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut
kamu".
"Demi
Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar kerana
mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang
Badui itu.
Rasulullah s.a.w. tertawa mendengar kata-kata orang Badui
itu.
WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH
SAW
Diriwayatkan bahawa surah
Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di
padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu
Rasulullah
s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun
Rasulullah
s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang
terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersandar
pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun
malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai
Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan
urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh
Allah s.w.t.
dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku
bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s.
pergi maka
Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke
Madinah. Setelah
Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau,
maka
Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh
malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka
mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama
kila telah sempurna."
Apabila Abu Bakar ra.
mendengar keterangan
Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan
kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis
sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang
Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata:
"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini
sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah
sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun
berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang
menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah
sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat
tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan
Rasulullah s.a.w..
Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka
akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan
sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain,
maka mereka pun terus memberitahu
Rasulullah s.a.w. tentang apa yang
mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya
Rasulullah
s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak
orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila
Rasulullah
s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka
Rasulullah
s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah
Rasulullah
s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka
Rasulullah s.a.w. melihat
kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya
Rasulullah
s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda
bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?."
Lalu
Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu
Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu
semua telah dekat".
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan
Rasulullah s.a.w., maka ia pun
menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra.
berkata kepada
Rasulullah s.a.w., 'Ya
Rasulullah, waktu itu saya
anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda
sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda."
Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah,
Rasulullah s.a.w. sengaja
memukul kamu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra.,
"Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke
mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan
tangannya di atas kepala dengan berkata, "
Rasulullah telah
menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah
di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau.
"Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta
tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah,
Rasulullah s.a.w.
telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi:
"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash
Rasulullah
s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah
Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu
kepada
Rasulullah s.a.w. Setelah
Rasulullah s.a.w. menerima
tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada
'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil
berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash
Rasulullah s.a.w.
tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila
Rasulullah s.a.w.
mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau
berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya
Allah
s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra.
bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa
berada di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan
janganlah kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Lalu
Rasulullah
s.a.w. berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya
Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan
dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu
bahwa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami
sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata
cucunya
Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah
kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah
pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya
Rasulullah s.a.w., anda telah
memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka
Rasulullah s.a.w.
pun membuka baju. Setelah
Rasulullah s.a.w. membuka baju maka
menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh
Rasulullah
s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan
jiwa saya ya
Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya
melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh
Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan
Allah s.w.t. menjaga
saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga,
inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas
kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para
jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah
s.a.w. di dalam syurga."
Apabila ajal
Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil
para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu
semua semoga
Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu
semua agar kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir
dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada
Allah s.w.t.
dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman
yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di
atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah
sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah
Allah
s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti
oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail
berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk
bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka
mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya
Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua,
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada
siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian
Rasulullah
s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu
semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada
kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi
diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
Al-Quran dan yang diam itu
ialah
maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara
kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
Al-Quran dan
Hadis-ku
dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pelajaran dari mati."
Setelah
Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit
Rasulullah
s.a.w. bermula. Dalam bulan safar
Rasulullah s.a.w. sakit selama 18
hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa
Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.
Pada hari Isnin penyakit
Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah
Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah
Rasulullah
s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal
ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya
Rasulullah." Lalu
dijawab oleh Fathimah ra., "
Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan
urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra.
maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah
s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra.
telah di dengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan
Rasulullah s.a.w.
berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat,
oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan
mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata
Rasulullah s.a.w.
maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah
Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar
ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan
suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan
peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga
Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah
berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin,
sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian
Rasulullah s.a.w.
memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu
Rasulullah s.a.w.
bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah
s.a.w. sampai di masjid maka
Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh
bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata,
"Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan
pemeliharaan
Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di
akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka
Rasulullah
s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian
Allah s.w.t. mewahyukan
kepada malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku
dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke
rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka
masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka
hendaklah kamu kembali padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari
Allah s.w.t. maka
malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat
lzrail sampai di depan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi
salam,
"Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir
risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya
masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata;
"Wahai hamba
Allah,
Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi
seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh
Rasulullah
s.a.w. dan
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.,
"Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun
berkata, "Ya
Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan
aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya
dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya."
Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu
siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia
adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu
syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua
rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air
matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila
Rasulullah s.a.w.
mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu
menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan
bertemu dengan aku." Kemudian
Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan
malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap,
"Assalamuaalaikum ya
Rasulullah." Lalu
Rasulullah s.a.w.
menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku
atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan
saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau
izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata
Rasulullah
s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?"
Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat
sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun
dan duduk di dekat kepala
Rasulullah s.a.w..
Apabila
Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka
Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah
dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu"
Rasulullah s.a.w.
bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang
menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s.,
"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi
menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua
bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata
Rasulullah
s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di
hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s., "
Allah s.w.t. telah
berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para
nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga
melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata
Rasulullah s.a.w.:
"Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."
Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu
kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh
beliau sampai pada pusat, maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan
pandangan dari
Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.
Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s.
berkata: "Wahai kekasih
Allah, siapakah orang yang sanggup melihat
wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata:
"Apabila ruh
Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah
bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat
dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata:
"Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan
Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku,
umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat
Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai
Muhammad, sesungguhnya
Allah
s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut
itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang
mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah
tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."